|
||||||||||
Membina Ulasan... (Bahasa melayu kertas 2) =>Ulasan yang baik merupakan Ulasan yang mengandungi beberapa susunan pernyataan nilai murni, amalan baik dan pengajaran yang boleh dicontohi. =>Sebelum Membina Ulasan, anda digalakkan mengesan nilai murni dan pengajaran terlebih dahulu. Pengesanan boleh dibuat dengan cara menggariskan nilai murni atau pengajaran yang terdapat dalam petikan iaitu ayat demi ayat. Ulasan yang baik mestilah:- =>Mempunyai nilai murni atau pengajaran berdasarkan petikan. =>Mempunyai contoh perlakuan berkaitan nilai murni berdasarkan petikan. =>Tiada kesalahan tatabahasa, struktur ayat, ejaan, huruf besar dan tanda baca. =>Menggunakan penanda wacana yang sesuai. =>Anda digalakkan Membina Ulasan yang mengandungi sekurang-kurangnya 5 nilai murni atau pengajaran.
Mencari Kata Kunci & Nilai Murni a) Setiap hari, Rosman membantu ibunya menyiram pokok bunga di halaman rumah. Kata Kunci: membantu ibunya menyiram pokok bunga. Nilai Murni: Rajin, berbakti dan tolong-menolong. b) Zamani mengisi masa lapangnya dengan melakukan aktiviti yang berfaedah. Kata Kunci: mengisi masa lapangnya dengan melakukan aktiviti yang berfaedah. Nilai Murni: menghargai masa ………………………………………………………………………………………… Latihan …. Tulis kata Kunci serta nilai murni yang terdapat dalam ayat-ayat di bawah. 1. Roslan membantu seorang perempuan tua yang ingin melintas jalan. Kata Kunci: Membantu seorang perempuan tua yang ingin melintas jalan. Nilai Murni: Tolong-menolong 2. Asri melintas jalan dengan Menggunakan jejantas. Kata Kunci: Melintas jalan dengan Menggunakan jejantas. Nilai Murni: Mematuhi peraturan, 3. Rahimah telah menjaga buku teks yang dipinjamnya dengan baik. Kata Kunci: menjaga buku teks yang dipinjamnya dengan baik. Nilai Murni:bertanggungjawab 4. Haikal mengisi masa lapang dengan mambaca buku. Kata Kunci: mengisi masa lapang dengan mambaca buku Nilai Murni: Menggunakan masa dengan bijak 5. Azli tidak pernah meminta sesuatu di luar kemampuan ibunya. Kata Kunci:tidak pernah meminta sesuatu di luar kemampuan ibunya Nilai Murni:bertolak-ansur 6. Iqmal haruslah mengigati jasa serta pengorbanan yang telah dilakukan oleh ibu dan bapa angkatnya. Kata Kunci: mengingati jasa serta pengorbanan yang telah dilakukan oleh ibu dan bapa angkatnya Nilai Murni: mengahargai jasa ibu dan bapa 7. Mereka memelihara Akmal dengan penuh kasih sayang. Kata Kunci: memelihara Akmal dengan penuh kasih sayang Nilai Murni: sayang-menyayangi Bina ayat Menggunakan frasa di bawah:- 1. Bekerjasama - aktiviti kumpulan yang dijalankan. 2. Berterima kasih - pertolongan yang diberikan 3. Mematuhi - peraturan-peraturan sekolah 4. Beratur - menaiki bas 5. Terima kasih - bantuan 1. Kita hendaklah Bekerjasama dalam aktiviti kumpulan yang dijalankan. 2. Kita hendaklah berterima kasih atas pertolongan yang diberikan. 3. Kita mestilah Mematuhi peraturan-peraturan sekolah yang telah diberikan. 4. Kita hendaklah Beratur semasa menaiki bas. 5. Kita hendaklah mengucapkan terima kasih atas bantuan yang diberikan.
Zoom A - Program Pembelajaran Secara Interaktif Melalui Internet Yang Tercanggih Di Malaysia
Pelawat: |