skth-umi.zoom-a.com
Laman Peribadi
Umikalsum Bt. Abu Bakar

E-mel : skth-umi@zoom-a.com
| LAMAN UTAMA | PROFIL | GALERIKU 1 | GALERIKU 2 | GALERI FOTO | FALSAFAH DIRI | KATA HIKMAT | FAKTA MENARIK | PAUTAN | BUKU PELAWAT | Visi | Untitled | kengkawan |

Bahasa Melayu (Menuju Puncak)

Bahagian A:-

1.   Kami sekeluarga telah pergi berkelah di Pantai Damai pada minggu lepas.

2.   Ibu dan kakak menyediakan makanan untuk dimakan pada pukul satu tengahari nanti.

3.   Nana dan Fika sedang membina istana pasir bersama – sama manakala ayah hanya memerhati gelagat mereka berdua.

4.   Abang pula sedang berlari menuju ke arah tepi pantai untuk bermandi – manda dengan sepuas – puasnya.

5.   Kami berasa gembira kerana dapat meluangkan masa bersama keluarga di Pantai Damai dan kami berharap dapat pergi ke sana lagi pada masa akan datang.

 

 

Bahagian B:-

-       Anda mewakili sekolah anda dalam pertandingan perbahasan. Tajuk perbahasan anda ialah “Penerokaan Hutan Lebih Banyak Membawa Keburukan daripada Kebaikan”.

-       Tulis teks perbahasan anda selengkapnya.

 

Karangan Murid:-

 

            Assalamualaikum dan salam sejahtera saya ucapkan kepada pengerusi, barisan panel hakim yang arif dan bijaksana, pihak pembangkang, penjaga masa yang setia dan rakan – rakan sekalian. Pertama sekali, saya ingin mengatakan bahawa penerokaan hutan lebih banyak membawa keburukan daripada kebaikan.

            Kita haruslah menjaga hutan kita dengan baik supaya ia nampak lebih indah dan sentiasa terpelihara. Haiwan juga akan kehilangan habitat dan pupus. Aktiviti penerokaan hutan secara berleluasa harus diberhentikan dengan segera kerana ia akan membawa padah yang buruk kepada kita. Ia juga akan menyebabkan kita kehilangan kawasan tadahan hujan. Di samping itu, bumi juga akan mengalami pemanasan global. Pemanasan global berpunca daripada penerokaan hutan yang berleluasa.  

             Generasi akan datang juga tidak dapat melihat ciptaan – ciptaan tuhan seperti flora dan fauna kerana telah dimusnahkan oleh manusia yang tamak dan mementingkan keuntungan semata - mata. Kita juga haruslah berasa simpati kepada haiwan – haiwan yang ada di luar sana kerana memerlukan tempat tinggal yang lebih selesa dan tenang.

              Selain itu, kita mestilah menjaga flora – flora supaya bumi kita menjadi lebih tenang dan indah. Saya berharap aktiviti penerokaan hutan pada masa akan datang akan diberhentikan dengan segera. Kepada pihak pembangkang yang tidak berpuas hati, saya minta maaf kepada anda semua.

              Akhir sekali, saya ingin menekankan lagi bahawa aktiviti ini akan membawa padah yang buruk kepada kita. Saya mengucapkan berbanyak terima kasih kepada anda semua kerana sudi mendengar hujah – hujah yang telah disampaikan oleh saya tadi. Wassalam.

              

            

      Bahagian C:-

Tulis beberapa nilai murni yang dapat kamu peroleh daripada petikan di bawah. Panjang Jawapan kamu mestilah tidak lebih daripada 50 patah perkataan. Tulis Jawapan kamu dalam satu karangan.

        Nilai murni yang dapat diperolehi daripada petikan ialah kita haruslah tolong – menolong antara satu sama lain kerana ia adalah sikap yang diberkati oleh Allah S.W.T. selain itu, kita mestilah tekun berusaha untuk mencapai sesuatu benda yang kita ingini. Akhir sekali, kita seharusnya mempunyai cita – cita yang tinggi dan berusaha untuk mencapainya.

 

 



Zoom A - Program Pembelajaran Secara Interaktif Melalui Internet Yang Tercanggih Di Malaysia

Pelawat: